assalamualaikum.... pada coretan kali ini saya ingin coretkan tentang
sebuah cerita motivasi yang saya dapat dari motivasi pagi radio IKIM
tentang seekor kuda walaupun kuda bukanlah watak utama dalam cerita ni.
pada
zaman dahulu, ada seorang pak cik tua yang miskin, bersama seorang anak
dan seekor kuda betina. Pada suatu hari, kuda pak cik ini telah hilang.
maka datanglah penduduk kampung untuk mengucapkan takziah atas
kehilangan kuda pak cik itu.tetapi pak cik itu hanya membalas, "Yang
xbaik xsemesti xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk kampung
hanya menganggap pak cik ini hanya berfalsafah.
tidak lama
kemudian kuda pak cik ini pulang bersama 5ekor kuda jantan. dan sekarang
pak cik itu mempunyai 6ekor kuda. kemudian datanglah penduduk kampung
mengucapkan tahniah. kemudian pak cik ini berkata :"Yang xbaik xsemesti
xbaik dan yang baik xsemestinya baik". penduduk hanya menganggap pak cik
ni hanya berfalsafah.
pada suatu hari, anak pak cik ini cuba
menjinakkan kuda ini, malangnya salah seekor kuda itu telah menendangnya
hingga cacat. kemudian datanglah penduduk kampung mengucapkan takziah.
tetapi pak cik hanya mengulang ayat yang sama,"Yang xbaik xsemesti xbaik
dan yang baik xsemestinya baik".
selepas itu, kerajaan
mengarahkan semua pemuda di negeri tersebut untuk menyertai peperangan.
anak pak cik itu bernasib baik kerana tidak terpilih disebabkan cacat.
dan ditakdirkan semua pemuda yang menyertai peperangan itu kesemua mati
dalam peperangan. maka, gadis-gadis yang ada di kampung itu terpaksa
memilih anak pak cik itu untuk berkahwin. maka anak pak cik itu mendapat
gadis dari keluarga yang kaya. kemudian datanglah penduduk kampung
mengucapkan tahniah. kemudian pak cik itu berkata, bukankah aku sudah
katakan kepada kamu, "Yang xbaik xsemesti xbaik dan yang baik
xsemestinya baik".
kesimpulan, setiap perkara baik yang kita
kehendaki itu baik bagi kita dan bukan setiap perkara buruk itu buruk
bagi kita. mungkin apa yang kita terima itu adalah yang terbaik buat
kita...
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking